Inisiatif

COVID-19
31/3/20
Selangor
Isu

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sungai Lui

Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan keperluan penduduk di Hulu Langat yang terbabit dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mencukupi.

Saya dimaklumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perintah itu yang meliputi kawasan dari Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui berkuat kuasa tengah malam 29 Mac sehingga 13 April.

Kerajaan negeri sedia membantu bagi mempermudah pelaksanaan PKPD termasuk bekalan makanan di kawasan terbabit yang dilaksanakan dengan kordinasi Majlis Keselamatan Negara Selangor.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPD membabitkan 3,918 penduduk di tujuh kampung sekitar kawasan itu selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan ada 71 kes positif jangkitan Covid-19 daripada 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23 Sungai Lui.

Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari

Video ihsan Berita Harian

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.