Inisiatif

COVID-19
25/4/20
STFC19
Selangor
Isu

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selayang Baru

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selayang Baru

Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju dengan ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Selayang Baru.

PKPD ini yang dikuatkuasakan mulai 25 April 2020 jam 12.00 tengah malam tadi antara lain merupakan sebahagian dari langkah pencegahan penularan wabak Covid-19, susulan pelaksanaan PKPD di Pasar Borong Kuala Lumpur. PKPD ini akan dilaksanakan sehingga 3 Mei 2020.

Fokus utama pelaksanaan PKPD di sebahagian kawasan Selayang Baru ini antara lain ialah untuk mengenalpasti kelompok warga asing yang perlu disaring dan seterusnya dikuarantin jika didapati positif.

Zon-zon yang telah dikenalpasti bagi tujuan pelaksanaan PKPD ini adalah seperti berikut:

Zon A: Jalan Indah 3 dan Jalan Indah 5A, Selayang Indah, Gombak, Selangor
Zon B: Jalan Indah 21, Lembah Indah, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon C: Jalan Besar Selayang Baru, Jalan 1 dan Jalan Indah 21, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon D : Jalan 3, 5, 7 dan 9, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon E: Jalan 2, 4, 6 dan 8, Selayang Baru, Gombak, Selangor
Zon F : Blok A, B dan C, Selayang Makmur, Gombak, Selangor

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor akan melaksanakan ujian Covid-19 kepada semua penduduk di zon-zon tersebut pada kadar segera bagi tujuan mengenalpasti individu-individu yang positif Covid-19.

Kerajaan Negeri Selangor melalui Bilik Gerakan Covid-19 Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak serta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) akan menyelaras dan memantau pelaksanaan PKDP ini khususnya dari aspek pengurusan bekalan makanan kepada 2,500 penduduk yang terlibat dan terkesan dari pelaksanaan PKPD tersebut.

Baca kenyataan media di sini

__

Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.