Inisiatif

Peristiwa
15/7/26
Isu
Selangor
Negara

Perbincangan Penyelarasan Cadangan Tapak Hospital Petaling Jaya

Alhamdulillah, pagi ini saya telah mempengerusikan Perbincangan Penyelarasan Cadangan Tapak Hospital Petaling Jaya bersama semua agensi berkaitan bagi memperincikan langkah seterusnya ke arah merealisasikan pembinaan sebuah hospital awam yang amat dinantikan oleh warga Petaling.

Perbincangan ini turut dihadiri wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), YB Jamaliah Jamaluddin selaku EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), serta wakil-wakil daripada agensi dan jabatan berkaitan.

Saya sukacita memaklumkan bahawa cadangan tapak bagi projek ini telah dikenal pasti dan akan diangkat untuk perbincangan lanjut dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Susulan itu, proses pengambilalihan tapak akan dilaksanakan mengikut tatacara dan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa bagi membolehkan projek ini diteruskan.

Ini merupakan satu perkembangan penting hasil kerjasama erat antara Kerajaan Negeri Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia, MBPJ serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan keperluan kesihatan rakyat terus menjadi keutamaan.

Dengan pertumbuhan pesat penduduk di daerah Petaling, kewujudan sebuah hospital awam baharu amat diperlukan bagi meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti, mengurangkan kesesakan di hospital-hospital sedia ada serta memenuhi keperluan rakyat untuk jangka panjang.

Kerajaan Negeri komited untuk terus memudah cara segala urusan yang berada di bawah bidang kuasa negeri agar projek ini dapat direalisasikan secepat mungkin. Insya-Allah, dengan kerjasama yang kukuh antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, hasrat untuk menyediakan sebuah Hospital Petaling Jaya demi manfaat jutaan penduduk di daerah ini akan dapat direalisasikan.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.