Perbincangan Halatuju Laporan Rancangan Selangor
Mempengerusikan mesyuarat dan perbincangan berkenaan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) dan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) bersama pasukan Unit Perancangan Ekonomi (UPEN).
Alhamdulillah, pelaksanaan RS-1 telah membuktikan keberkesanannya sebagai pemangkin kejayaan Kerajaan Negeri, dengan pelbagai pencapaian signifikan direkodkan sepanjang tempoh pelaksanaannya.
Dalam sesi yang sama, kami turut membincangkan hala tuju Rancangan Selangor Kedua (RS-2) sebagai kesinambungan kepada usaha sedia ada, termasuk menilai secara kritikal ruang penambahbaikan dan kelemahan dalam RS-1 agar dapat diperhalusi dengan lebih baik.
Pendekatan reflektif dan berasaskan data ini penting bagi memastikan setiap dasar dan perancangan yang digarap terus relevan, berimpak dan berpaksikan kepentingan rakyat.
Mudah-mudahan ikhtiar ini menjadi landasan kukuh ke arah pencapaian yang lebih gemilang, demi Selangor yang terus maju, inklusif dan berdaya tahan.









