Perbincangan dan Pembentangan Oleh Pihak MPAJ
Saya menghadiri perbincangan bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi mendengar sendiri pembentangan dari mereka untuk perancangan tahun 2026 di Parlimen Gombak.
Pembentangan ini merupakan satu langkah penting dalam meneliti hala tuju rancangan MPAJ secara lebih menyeluruh, terancang dan mampan, selari dengan keperluan semasa para penduduk. Usaha ini amat penting bagi memastikan kemakmuran, kesejahteraan dan kualiti hidup yang lebih baik untuk seluruh rakyat.



No items found.



