Inisiatif

Peristiwa
2/3/26
Isu
Selangor
Negara

Perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) Berkaitan Had Tempoh Jawatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat

Hari ini selaku Ahli Parlimen Gombak, saya telah menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 yang mencadangkan had maksimum 10 tahun bagi jawatan Perdana Menteri. Langkah ini penting dalam memperkukuh reformasi pentadbiran serta memastikan demokrasi dan sistem semak imbang terus berfungsi dengan berkesan.

Pindaan ini seiring dengan pembaharuan lain seperti Akta Kebertanggungjawaban Fiskal dan pelan ekonomi negara yang menumpukan kepada tadbir urus lebih telus serta kestabilan kewangan jangka panjang.

Meskipun tidak berjaya diluluskan, Gombak terus kekal komited menyokong agenda pembaharuan demi kesejahteraan rakyat.

Insya-Allah, perjuangan reformasi institusi yang dicipta YAB Perdana Menteri ini akan tetap diteruskan.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.