Suara

Peristiwa
4/6/20
Selangor
Negara

Perayaan Hari Basikal Sedunia 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi meraikan Hari Basikal Sedunia, saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang prasarana kemudahan berbasikal yang boleh digunakan di Selangor.

Antaranya laluan trek basikal di Seksyen 4, Shah Alam sepanjang 2 km yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam. Selain itu, anda boleh berbasikal di Forest Research Institute of Malaysia (FRIM) yang terbahagi kepada beberapa jarak laluan iaitu 10, 20 dan 30 km. Bukit Cherakah juga digemari oleh komuniti berbasikal memandangkan ia adalah sebuah taman agrikultur yang indah seluas 1,295 hektar.

Berbasikal bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan badan malah menyokong kelestarian alam sekitar dengan pengurangan kuantiti karbon yang mencemarkan.

Berbasikal dengan selamat dalam musim wabak COVID-19 ini. Warga Selangor masih tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) di mana taman awam/rakyat hanya dibenarkan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam saja.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.