Inisiatif

Terkini
26/1/23

Perasmian Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Baru-baru ini, Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS) secara rasmi dilancarkan untuk membantu kanak-kanak istimewa menerima peluang dan kemudahan pendidikan khas yang seiring dengan perkembangan murid. Inisiatif ini dibawa khas oleh Kerajaan Negeri.

Semua anak istimewa kelahiran Selangor kategori kurang upaya pembelajaran boleh menyertainya. Pusat ini menerima anak-anak global developmental delay (GDD), sindrom Down atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) yang berumur 5 hingga 6 tahun tanpa sebarang yuran. Selangor adalah satu-satunya negeri yang mempunyai ekosistem pendidikan khas buat anak istimewa.

Majlis Bandaraya Shah Alam memperuntukkan RM1.9 juta selaku rakan kerjasama untuk menaik taraf sebuah dewan orang ramai kepada pusat prasekolah manakala YAWAS membelanjakan RM300,000 untuk kelengkapan pembelajaran serta lain-lain.

InsyaAllah, Pusat Prasekolah ANIS akan diperluaskan ke kawasan luar bandar pula seperti di Rawang, Kuala Selangor dan Kuala Langat. Kita akan menjadikan negeri ini mesra dan sejahtera untuk didiami oleh semua lapisan masyarakat.

#KitaSelangor

#HanyaDiSelangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.