Perasmian Pusat Asrama Pekerja Asing (PAPA) di Balakong
Saya berkesempatan untuk hadir dan merasmikan satu lagi inisiatif kerajaan negeri dengan siap terbinanya Pusat Asrama Pekerja Asing (PAPA), Kawasan perindustrian Kampung Baru Balakong.
Masih saya ingat, pada tahun 2022 saya turut hadir dalam majlis pecah tanah projek ini, satu usaha yang ketika itu bertujuan menyediakan penginapan selesa dan selamat kepada para pekerja industri, di samping membantu memutuskan rantaian penularan COVID-19.
Hari ini, dengan siapnya bangunan ini, hasrat tersebut telah direalisasikan. Pekerja merupakan aset penting dalam pembangunan ekonomi negeri dan negara; tanpa tenaga kerja yang cekap, berdedikasi dan sejahtera, mustahil untuk kita mencapai matlamat pembangunan yang mampan.
Alhamdulillah, semoga inisiatif PAPA ini memberi manfaat besar bukan sahaja kepada para pekerja, tetapi juga kepada komuniti setempat dan ekosistem industri secara keseluruhan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakannya.















