Inisiatif

Peristiwa
9/3/26
Isu
Selangor
Negara
Aktiviti Sg Tua

Perasmian Program Bazaar Raya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) 2026 Zon Sungai Tua

Merasmikan Program Bazaar Raya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) 2026 di NADI Sungai Tua, yang menghimpunkan pelbagai inisiatif untuk manfaat komuniti setempat.

Program ini turut menampilkan Jualan Agro MADANI, Jualan Ehsan RAHMAH serta Jualan Usahawan NADI yang melibatkan 10 usahawan tempatan bagi membantu memeriahkan persiapan menjelang Aidilfitri, di samping membuka ruang kepada usahawan kecil memperluas jaringan perniagaan mereka.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang mendapatkan saringan kesihatan asas secara percuma serta menyertai Aktiviti NADI E-Sukan MADANI Legend yang disediakan khusus untuk menarik penyertaan golongan belia dan komuniti setempat.

Penganjuran bazar seperti ini bukan sahaja memperkasa usahawan tempatan, malah menjadi medan mengeratkan silaturrahim dalam suasana yang santai, bermanfaat dan mesra keluarga, khususnya menjelang Syawal yang bakal tiba.

Semoga usaha sebegini terus menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti serta memberi manfaat kepada rakyat.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.