Inisiatif

Peristiwa
6/12/25
Isu
Selangor
Negara

Perasmian Pertandingan Tarian Naga Peringkat Kebangsaan

Tengah hari tadi saya hadir ke Majlis Perasmian Pertandingan Tarian Singa Selatan Tradisional Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Hextar World Empire City, Damansara Perdana.

Kejohanan ini menjadi platform yang mengetengahkan keindahan seni budaya dan menjadi medan penyatuan rakyat berbilang kaum dari seluruh negara. Buat julung kalinya, kejohanan ini menyaksikan penyertaan pasukan daripada pelbagai latar bangsa dan negeri, membuktikan bahawa seni warisan seperti tarian singa bukan milik satu kaum, sebaliknya milik seluruh rakyat Malaysia.

Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur serta semua peserta atas komitmen tinggi dalam memelihara dan memartabatkan warisan seni budaya negara. Semoga kejohanan ini menjadi pencetus kepada lebih banyak program seni bertaraf nasional yang menyatukan rakyat melalui budaya dan perpaduan.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.