Inisiatif

Peristiwa
1/11/26
Isu
Selangor
Negara

Perasmian Penutupan Hari Penjaja Dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 (HPPK2026)

Menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan 2026 (HPPK2026) yang  telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di Dataran MPKj, Stadium Kajang.

Program tiga hari anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini menghimpunkan ribuan penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara. Bertemakan “Penjaja dan Peniaga Kecil Bestari: Pemangkin Ekonomi MADANI”, program ini membuka peluang kepada usahawan meneroka teknologi, pemasaran digital dan kemudahan pembiayaan.

Lebih 300 vendor mengambil bahagian dengan pelbagai jualan, juadah dari 14 negeri, cabaran barista serta aktiviti seisi keluarga. Selangor turut memeriahkan program menerusi reruai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bersama Platform Selangor (PLATS).

Saya berharap program ini dapat membantu lebih ramai peniaga kecil mengenali kemudahan dan sokongan Kerajaan Negeri serta Kerajaan Persekutuan untuk terus maju, berdaya saing dan mengembangkan perniagaan.

Kepada seluruh penjaja dan peniaga kecil di Selangor, teruskan usaha dan berani melangkah lebih jauh. Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh ekosistem keusahawanan agar perniagaan kecil hari ini mampu berkembang menjadi kejayaan besar pada masa hadapan, insya-Allah.

‍

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.