Perasmian Penutup Kempen “Kajang Bersih, Kajang Di Hatiku” (KBKD) 3.0 Peringkat DUN Kajang
Hadir ke SMK Sultan Abdul Aziz Shah bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kempen “Kajang Bersih, Kajang Di Hatiku” (KBKD) 3.0 peringkat DUN Kajang.
Bertemakan “Bersih Kendiri, Persekitaran Lestari MADANI”, program ini meneruskan usaha berterusan sejak 2024 dalam membudayakan amalan kebersihan, memupuk rasa cinta kepada alam sekitar serta membina nilai kepimpinan dan patriotisme dalam kalangan pelajar.
Inisiatif yang melibatkan pelajar SMK Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang kepentingan kitar semula dan kelestarian alam sekitar, malah turut menyentuh aspek keselamatan dan kesejahteraan diri melalui kerjasama pelbagai agensi seperti Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), MPKj, PDRM, PKD, AADK dan Jabatan Penjara Malaysia.
Pendekatan kolaboratif ini amat penting dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, bertanggungjawab dan peka terhadap persekitaran.
Tahniah dan terima kasih kepada semua rakan kolaborasi, penaja serta pihak penganjur yang menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus menyemai kesedaran dan menjadi budaya dalam masyarakat, khususnya generasi muda di Selangor.


















