Inisiatif

Peristiwa
31/3/26
Isu
Selangor

Perasmian Pembukaan Puncak ALOP

Malam semalam, saya berada di Bukit Ampang sempena majlis perasmian pembukaan semula Puncak ALOP (Ampang Look Up Point), antara lokasi tumpuan pengunjung yang cukup popular di Lembah Klang dan telah siap dibina semula pada tahun lalu.

Selain menyajikan pemandangan Kuala Lumpur yang indah, pembangunan semula Puncak ALOP ini turut menyediakan kemudahan yang lebih baik untuk pengunjung, termasuk ruang acara serta penginapan berasaskan aktiviti berkhemah, glamping dan karavan yang menonjolkan keindahan alam semula jadi di kawasan ini.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kerajaan Negeri untuk memacu pembangunan pelancongan yang mampan dan bertanggungjawab, di samping memperkukuh tarikan Selangor kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang bertungkus lumus menjayakan pembinaan semula Puncak ALOP ini. Semoga ia terus menjadi destinasi pilihan rakyat serta menambah nilai kepada sektor pelancongan negeri.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.