Inisiatif

Peristiwa
21/1/26
Isu
Selangor
Negara

Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri

Alhamdulillah, saya merasmikan Majlis Pembukaan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1447H/2026M yang berlangsung di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Majlis yang berlangsung selama 4 hari ini menghimpunkan 19 peserta tilawah (10 qari, 9 qariah) serta 35 peserta hafazan (18 hafiz, 17 hafizah) yang telah melalui proses saringan rapi dan latihan intensif selama lima bulan di Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS). Usaha berterusan ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam membina ekosistem al-Quran yang bukan sahaja berteraskan bacaan dan hafazan, malah penghayatan, adab serta disiplin yang tinggi.

Tahun ini merupakan tahun ketiga berturut-turut peserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Selangor terdiri daripada pelajar ALAS. Ini membuktikan penubuhan ALAS bukan sekadar menjadikan Masjid Negeri sebagai Hub al-Quran Selangor, tetapi menjadi medan mencungkil realiti dan kualiti qari, qariah, hafiz dan hafizah dalam kalangan anak Selangor.

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya melangkah ke peringkat negeri dan seterusnya berpeluang mewakili Selangor ke peringkat kebangsaan di Terengganu. Semoga pentas ini menjadi medan ujian yang mematangkan jiwa, memperkukuh amanah serta menyemarakkan kecintaan terhadap kalam Allah.

Semoga al-Quran terus membimbing kita dalam membina Ummah MADANI yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari).

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.