Inisiatif

Peristiwa
25/2/26
Isu
Selangor
Negara

Perasmian Festival Ramadan Selangor 2026 (FESTIRA 2026)

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan melancarkan Festival Ramadan Selangor 2026 (FESTIRA 2026) anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor di Aneka Walk, Seksyen 14, Shah Alam dengan tema Seindah Cerita Raya Kita.

Memasuki edisi ke-12 sejak diperkenalkan pada 2015 ketika saya memegang amanah sebagai EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, FESTIRA kini matang sebagai festival Ramadan ikonik negeri. Tahun ini, ia menghimpunkan lebih 950 usahawan tempatan dan menyasarkan 2.5 juta pengunjung sepanjang penganjurannya sehingga 20 Mac 2026.

FESTIRA bukan sekadar pesta jualan bermusim. Ia adalah platform pembangunan ekonomi inklusif yang mengangkat perusahaan mikro, kecil dan sederhana, nadi sebenar enjin ekonomi Selangor. Dengan Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar KDNK negara pada kadar 26.2% bagi tahun 2024, saya yakin momentum ini akan terus diperkukuh pada 2025, didorong daya tahan dan keupayaan usahawan tempatan kita.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri komited memastikan Kompleks PKNS dan SACC Mall terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia membuat persediaan Aidilfitri. Dalam suasana persaingan yang sihat dengan pelbagai destinasi komersial lain, usaha memperkukuh jenama, memperkaya pengalaman pengunjung dan memperkasa ekosistem perniagaan di kawasan ini mesti dipertingkat. Pembangunan Aneka Walk dan SA Sentral adalah langkah strategik untuk memastikan kawasan ini kekal kompetitif, relevan dan menjadi tumpuan setiap kali Ramadan menjelang.

Semoga FESTIRA 2026 menjadi medan kebersamaan, mengeratkan silaturahim dan terus memakmurkan ekonomi rakyat menjelang Syawal.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.