Suara

Terkini
29/6/20
Isu
Selangor

Perangi Denggi di Selangor

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Di sebalik berita ancaman wabak COVID-19, denggi masih menjadi satu ancaman kepada kita. Memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, 48,584 kes demam denggi dan 84 kematian dilaporkan dari Januari sehingga 6 Jun 2020. Purata peningkatan setiap minggu pula dicatatkan sebanyak 8 peratus.

Saya menyeru semua warga Selangor agar lebih peka dan berhati-hati dengan ancaman nyamuk aedes dan habitat mereka harus dihapuskan. Pastikan kebersihan dan tiada perkumpulan air di kawasan cetek agar kes denggi tidak berlaku di kawasan anda.

Ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2020 lepas, saya juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta juga bagi memerangi aedes merangkumi aktiviti-aktiviti pencegahan dan kawalan denggi di seluruh Selangor.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.