Inisiatif

Peristiwa
24/9/26
Isu
Selangor
Negara

Penyerahan Watikah Pengistiharan Pelantikan Canselor Universiti Selangor (UNISEL)

Alhamdulillah, hari ini saya menyerahkan Watikah Pengisytiharan Pelantikan Engku Setia Lela Bestari Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Al-Haj bin Raja Tun Uda Al-Haj sebagai Canselor Universiti Selangor (UNISEL). Beliau meneruskan khidmat untuk penggal keempat, membawa pengalaman dan kepimpinan dalam memacu UNISEL ke tahap yang lebih tinggi.

Dunia pendidikan berubah dengan pantas, begitu juga keperluan generasi muda. Perkembangan teknologi dan industri menuntut UNISEL untuk terus bergerak seiring perubahan, menyediakan pendidikan yang relevan dan melahirkan graduan yang bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Kerajaan Negeri mahu lebih ramai anak Selangor mendapat peluang melanjutkan pengajian dan membina masa depan yang lebih baik. Untuk itu, Selangor memperuntukkan RM17.378 juta bagi Subsidi Yuran Pendidikan, termasuk menanggung 50 peratus yuran pengajian anak Selangor yang melanjutkan pengajian di UNISEL dan Universiti Islam Selangor (UIS) bagi kemasukan September 2026.

Saya yakin pengalaman dan kepimpinan Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad akan terus memacu kejayaan  kepada seluruh warga UNISEL. Semoga UNISEL terus melakar kejayaan, melahirkan graduan berkualiti dan menjadi universiti yang dibanggakan seluruh rakyat Selangor.

‍

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.