Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI Selangor & WP Kuala Lumpur
Pagi ini, saya bersama-sama YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Multimedia menyerahkan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI kepada 22 wakil Selangor dan 11 dari WP Kuala Lumpur.
NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) merupakan satu inisiatif di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertindak sebagai pemudah cara maklumat, ilmu dan peluang komuniti di era digital. NADI terus menjadi platform inklusif untuk memperluas akses pengetahuan serta memperkasakan keupayaan rakyat pendidikan, keusahawanan dan kemahiran digital.
Selaras dengan visi Smart State, Belanjawan Selangor 2026 turut memperuntukkan pembangunan Selangor Dark Fibre Network iaitu rangkaian gentian optik strategik sepanjang 889km yang dirangka untuk menjadi tulang belakang infrastruktur digital negeri. Dengan perancangan awal ini, Selangor bukan sahaja dapat merapatkan jurang digital, tetapi membuka ruang pendapatan baharu, pelaburan teknologi tinggi dan memberikan akses digital berkualiti untuk rakyat negeri ini.
Semoga semua inisiatif yang dirangka dan dijalankan ini memberi impak besar dalam memperkukuh akses ilmu, peluang pekerjaan dan ekonomi digital yang lebih inklusif untuk semua.











