Inisiatif

Peristiwa
10/12/25
Isu
Selangor
Negara

Penyerahan Sumbangan Tabung Amanah Masjid

Alhamdulillah, Kerajaan Negeri Selangor terus komited memartabatkan institusi masjid dan surau sebagai nadi pembangunan rohani serta sosial ummah dengan penyerahan sumbangan berjumlah RM2.47 juta hari ini. Sumbangan Tabung Amanah Masjid ini adalah untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan melibatkan 11 buah masjid dan 9 buah surau.

Peruntukan ini meliputi kerja-kerja pembaikan struktur bangunan, naik taraf kemudahan seperti sistem siar raya, pendingin hawa dan tempat wuduk, serta kerja-kerja penyelenggaraan rutin demi memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan selesa untuk jemaah.

Saya berharap jawatankuasa pengurusan masjid dan surau dapat memanfaatkan amanah ini dengan penuh integriti dan kecekapan agar setiap ringgit yang dibelanjakan memberi manfaat berlipat ganda kepada masyarakat setempat.

Dalam majlis yang sama, saya turut mengumumkan Selangor telah memperoleh kutipan hasil pendapatan RM2.7 bilion melebihi sasaran RM2.3 bilion untuk tahun 2025. Ini penting bagi mengurangkan defisit perbelanjaan dan membuktikan pengurusan fiskal negeri berada pada landasan lebih kukuh.

Semoga usaha ini terus menyuburkan peranan masjid dan surau sebagai pusat ibadah, pendidikan serta perpaduan, dalam menjayakan aspirasi Kita Selangor Maju Bersama dan Malaysia MADANI.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.