Inisiatif

Peristiwa
23/4/26
Isu
Selangor
Negara

Penyerahan Selongsong Kipas Belakang Pertama Bagi Enjin Rolls-Royce

Mengiringi keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ke majlis penyerahan komponen aeroangkasa oleh UMW Aerospace kepada Rolls-Royce PLC di Serendah, hari ini.

Pencapaian ini membuktikan keupayaan anak tempatan menghasilkan komponen kritikal bertaraf global, sekali gus mengangkat nama Selangor dan Malaysia dalam rantaian nilai industri aeroangkasa dunia. Ia juga mencerminkan hasil pelaburan berterusan dalam teknologi, bakat tempatan serta ekosistem industri berimpak tinggi.

Kerajaan Negeri komited untuk terus menyokong pembangunan sektor pembuatan maju seperti ini, selaras dengan aspirasi menjadikan Selangor sebagai hab industri bernilai tinggi dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak inovasi dan peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat.

Menjunjung kasih Tuanku atas kesudian mencemar duli menyaksikan pencapaian ini.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.