Inisiatif

Peristiwa
4/12/25
Isu
Selangor
Negara

Penyerahan Projek Membina Jalan Menghubungkan Kampung Sri Indah A (B9) ke Jalan Hospital Sungai Buloh, Daerah Gombak

Alhamdulillah, hari ini saya hadir dalam Majlis Penyerahan Projek Membina Jalan Menghubungkan Kampung Sri Indah A (B9) ke Jalan Hospital Sungai Buloh, Daerah Gombak.

Projek bernilai RM44.55 juta ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor menerusi UPEN dan JKR Negeri Selangor membuka laluan baharu sepanjang 1.5km yang akan membawa manfaat besar kepada penduduk setempat melalui pengurangan kesesakan, peningkatan keselamatan serta penjimatan masa perjalanan ke Hospital Sungai Buloh daripada 10–15 minit kepada hanya sekitar 5 minit sahaja.

Ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri bahawa setiap perbelanjaan pembangunan mesti memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat, bukan sekadar angka atau kos semata-mata. Pembangunan yang holistik, mampan dan berimpak tinggi akan terus menjadi teras tadbir urus Selangor.

Semoga projek ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat dan kesejahteraan rakyat Gombak keseluruhannya.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.