Inisiatif

Peristiwa
10/5/26
Isu
Selangor
Negara

Penyampaian Watikah Komuniti Madani

Menghadiri Majlis Penyerahan Watikah Komuniti MADANI bagi peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung di Pantai Dalam. Turut hadir, YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi.

Penyerahan Watikah Pelantikan Komuniti MADANI ini merupakan inisiatif Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) dalam usaha memperkasa ejen penyampai maklumat kerajaan, membendung penularan berita palsu serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat.

Seperti yang saya tekankan dalam ucapan tadi, para penggerak Komuniti MADANI harus sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu dan kefahaman yang tepat agar mampu membawa naratif yang benar serta menjadi benteng utama dalam memerangi fitnah dan maklumat palsu.

Semoga amanah yang dipikul ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Selamat berkhidmat buat semua.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.