Inisiatif

Peristiwa
7/8/20
Bantuan
Selangor

Penyampaian Unit Rumah Warisan Idaman, Alam Perdana

Assaalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, penantian selama lebih 20 tahun membuahkan detik detik kegembiraan buat para pemilik kediaman Projek Rumah Idaman Warisan, Alam Perdana.

Projek rumah teres dua tingkat yang dahulunya dikenali sebagai Arcadia telah terbengkalai sejak 1999 sebelum akhirnya diselesaikan kemelut ini oleh MBI Selangor melalui rundingan dan perbincangan dgn Worldwide Holdings dan LBS Bina Group.

Bukan setakat itu, komitmen Kerajaan Negeri untuk sentiasa memberikan yang terbaik terbukti dengan pemberian peralatan tambahan seperti kabinet dapur, peti sejuk, pemanas air dan banyak lagi sebagai insentif kepada 203 pemilik yang ada sebahagian daripanya telah pun meninggal dunia.

Moga moga impian Kerajaan Negeri membantu rakyat Selangor untuk memiliki kediaman yang selesa akan terus direalisasikan.

#SelangorMajuBersama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.