Penyampaian sumbangan Ihya' Ramadan Kepada Masjid & Surau DUN Tanjung Sepat
Alhamdulillah, pagi ini saya dan isteri berada di Kuala Langat bersama YB Dato’ Borhan Aman Shah, ADN Tanjung Sepat, bersahur bersama jemaah di Masjid Inayatur Rahman dalam suasana penuh ukhuwah dan kebersamaan.
Seusai itu, kami bersama-sama menunaikan Solat Subuh dan menghayati Kuliah Subuh yang sarat dengan pengisian serta peringatan tentang makna dan hikmah Ramadan, menguatkan jiwa, memperteguh iman dan menyemai kasih sesama insan.
Dalam kesempatan tersebut, saya turut menyerahkan bantuan Ihya’ Ramadan kepada masjid dan surau di sekitar Tanjung Sepat.
Semoga sumbangan ini dapat membantu mengimarahkan program dan aktiviti di masjid serta surau, bukan sahaja sepanjang Ramadan, malah berterusan sepanjang tahun sebagai pusat penyatuan ummah dan pembangunan masyarakat.






















