Inisiatif

COVID-19
8/7/20
Isu
Selangor

Pengurangan Yuran Sehingga 35% di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Sehingga 24 Julai 2020

Saya berbesar hati untuk berkongsi insentif sebuah universiti milik Majlis Agama Islam Selangor iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Bagi pelajar tempatan yang mendaftar dengan universiti tersebut bagi sesi Julai 2020/2021, yuran dikurangkan sebanyak RM350 iaitu 35% dan menjadikan pelajar hanya perlu bayar RM650 saja. Bagi yang berminat, tarikh tutup pendaftaran ialah 24 Julai ini.

Saya harap insentif ini telah dimanfaatkan dengan menimbang situasi ekonomi sekarang, di mana ramai warga masyarakat terjejas berikutan wabak COVID-19. Moga sikap keprihatinan sebegini dapat meresap ke seluruh jiwa rakyat terutamanya warga Selangor.

#SelangorMajuBersama

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.