Inisiatif

Polisi
19/4/21
Isu
Selangor

PENGUMUMAN MENGENAI LANGKAH-LANGKAH TAMBAHAN SUSULAN PENINGKATAN KES DI SEKOLAH DAN STATUS TERKINI OPERASI BAZAR RAMADAN DI SELANGOR

PENGUMUMAN MENGENAI LANGKAH-LANGKAH TAMBAHAN SUSULAN PENINGKATAN KES DI SEKOLAH DAN STATUS TERKINI OPERASI BAZAR RAMADAN DI SELANGOR

Mengulas perkembangan COVID-19 terkini iaitu kes-kes yang direkodkan oleh sekolah asrama dan harian serta pengurusan bazar sempena Ramadan dan Syawal.

Kerajaan Negeri komited untuk mencapai titik keseimbangan antara kehidupan dan ekonomi. Pada masa sama, kita juga perlu tegas menangani wabak ini supaya tidak membawa mudarat lebih besar.

Oleh itu, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri Selangor semalam dan telah memutuskan untuk pelaksanaan beberapa ketetapan berikut :

KLUSTER MELIBATKAN SEKOLAH

1. 12 kluster aktif dan 4 kluster yang tamat telah direkod melibatkan sekolah.
2. Saringan awam bersasar akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dalam usaha untuk mengesan dan mengasingkan kontak rapat secepat mungkin. Ini akan membantu memutuskan rantaian perebakan.
3. Ibu bapa dilarang membenarkan anak ke sekolah jika mempunyai simptom dan hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk nasihat lanjut.

BAZAR RAMADAN DAN BAZAR RAYA

1. Sepanjang 5 hari pertama Ramadan, beberapa bazar Ramadan tidak mencapai piawaian pematuhan SOP ; kurangnya penjarakan fizikal, tidak mengimbas kod QR SELangkah/MySejahtera, membawa anak-anak kecil.
2. Taklimat baru pematuhan SOP diberikan kepada semua penganjur bazar Ramadan dan raya - memastikan laluan keluar masuk sehala, menggunakan sistem nombor giliran dan mengehadkan tempoh kunjungan serta jumlah pengunjung.
3. Sekiranya semua langkah tidak diikuti sepenuhnya, Kerajaan Negeri dan PBT akan melaksanakan tanggungjawab dan kuasa mengenakan kompaun seperti yang diperuntukkan Majlis Keselamatan Negara termasuk menutup dan memberhentikan bazar.

Saya berharap agar kita semua dapat memainkan peranan masing-masing agar kehidupan dan ekonomi dapat dijamin.

#SelangorGempurCOVID19
#KitaSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.