Inisiatif

Peristiwa
15/7/26
Isu
Selangor
Negara

Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Negeri Sembilan Ke-16

Malam tadi, Pengerusi Pakatan Harapan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan senarai calon Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Insya-Allah, Pakatan Harapan akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan tekad untuk meneruskan agenda pembangunan, kestabilan dan kebajikan rakyat Negeri Sembilan.

Dalam ucapan semalam, YAB Perdana Menteri turut menegaskan keyakinan beliau terhadap kepimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang diketuai YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun sebagai seorang pemimpin yang bersih, amanah dan sentiasa mengutamakan khidmat kepada rakyat. Kejayaan peningkatan pelaburan, kutipan hasil pendapatan yang menaik serta pelbagai manfaat kepada rakyat akan diteruskan oleh Pakatan Harapan.

Ayuh lipat gandakan gerak kerja, perkukuhkan saf perjuangan dan turun bertemu seramai mungkin pengundi. Dengan kesatuan, disiplin dan kerja keras seluruh jentera, insya-Allah Pakatan Harapan mampu mempertahankan mandat rakyat dan meneruskan agenda reformasi demi masa depan Negeri Sembilan.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.