Inisiatif

COVID-19
29/3/20
Selangor
Isu

Penginapan Percuma Untuk Petugas Baris Hadapan

Kerajaan Negeri melalui PKNS akan menyediakan penginapan percuma untuk para petugas baris hadapan (frontliner)‬

Sebagai permulaan, 204 bilik telah diperuntukkan di Hotel De Palma Ampang manakala 83 bilik lagi telah disediakan di Hotel De Palma Shah Alam.

Kedua, susulan beberapa perbincangan awal melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri, SELGATE Corporation bersama-sama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, saya berbesar hati untuk mengumumkan hasil kerjasama Kerajaan Negeri dengan pihak hospital swasta yang telah bersetuju untuk menerima non Covid-19 cases dari hospital- hospital kerajaan.

Hospital-hospital swasta ini juga bersedia untuk menyumbangkan beberapa alat pembantu pernafasan (ventilator) buat kegunaan hospital-hospital kerajaan.

#SelangorGempurCovid19

Dato' Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.