Inisiatif

Pendapat
5/8/22
Isu
Selangor

Pengiktirafan Khas SIDEC di Jelajah Selangor Penyayang Gombak

Selangor sangat bangga dengan pencapaian semua syarikat yang bertapak dan berjaya di negeri ini. Ketika Jelajah Selangor Penyayang di Batu Caves baru-baru ini, SIDEC memberikan pengiktirafan khas kepada 2 syarikat yang menunjukkan prestasi mengagumkan.

CARSOME sebuah platform e-dagang kereta diiktiraf sebagai Syarikat Pemula Teknologi Unicorn hasil penilaian keseluruhan melebihi USD1 bilion. Beroperasi pada 2015, mereka merupakan syarikat unicorn pertama negara serta menjadikan negeri ini sebagai pengkalan utamanya.
DROPEE pula platform borong perniagaan ke perniagaan merupakan Alumni Selangor Accelerator Programme (SAP). Penilaian keseluruhan melebihi USD100 juta telah melayakkan mereka diiktiraf sebagai Syarikat Pemula Teknologi Soonicorn.

Kerajaan Negeri sentiasa menyediakan ekosistem serta sokongan terbaik untuk memastikan para usahawan berkembang dan maju. Membantu kejayaan para usahawan mendorong penciptaan pekerjaan dan juga kekayaan yang menguntungkan rakyat negeri.

#JelajahSelangorPenyayang
#KitaSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.