Inisiatif

Peristiwa
11/10/26
Isu
Selangor
Negara

Pengajian "Sifat 20" oleh Tuan Guru Baba Ghazali

Alhamdulillah, malam semalam, saya mengikuti Majlis Pengajian Turath Islami bersama Tuan Guru Baba Ghazali di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Shah Alam.

Pengajian kali ini mengupas Sifat 20 berpandukan terjemahan naskhah Kitab Aqidatul Awam, hasil nukilan Syeikh Ahmad Marzuqi. Beliau merupakan seorang ulama yang terkenal dengan keluasan ilmu, sifat zuhud dan ketakwaannya.

Insya-Allah majlis pengajian kitab Turath ini akan dilazimi setiap bulan bagi menyemarakkan semangat cintakan ilmu agama di kalangan umat Islam di Selangor. Semoga majlis ilmu ini diberkati Allah SWT, memperkukuh kefahaman serta penghayatan akidah kita dan membawa rahmat ke seluruh bumi Selangor.

‍

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.