Inisiatif

Peristiwa
8/7/25
Isu
Selangor
Negara

Penerangan Insiden Letupan Paip Gas 1 April

Hari ini di Sidang DUN Selangor, saya membawa Usul di bawah Peraturan Tetap 13(i) untuk memberi penerangan berhubung insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.

Dalam sesi penerangan ini, saya menjelaskan keseluruhan fakta dan perkara berkaitan insiden ini termasuklah usaha Kerajaan Negeri yang dari hari pertama telah mengambil tanggungjawab dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan para mangsa terpelihara.

Insiden yang berlaku bukanlah alasan untuk kita menunding jari menyalahkan sesiapa sebaliknya adalah peluang untuk kita sama-sama berikhtiar bagi mengambil langkah memastikan perkara yang sama tidak berulang.

Oleh itu saya telah mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Khas Adaptasi Risiko Saluran Paip Gas yang akan dianggotai oleh tujuh tenaga pakar merangkumi wakil kerajaan negeri, Persekutuan, dan agensi berkaitan seperti Petronas.

Bagi menjamin ketelusan, Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk melantik dua pakar yang akan dinamakan pihak pembangkang. Laporan rasmi akan diterbitkan dan diedar kepada semua ADUN serta penduduk terkesan.

Jawatankuasa diberi tempoh 3 bulan untuk hasilkan cadangan undang-undang dan langkah pencegahan jangka panjang.

Dalam masa sama, usaha pemulihan dan bantuan terus digiatkan:

Taman Putra Harmoni:

• 3 rumah dibina semula

• 46 rumah dibaik pulih

• 46 rumah lagi dalam proses ujian struktur akhir

Kg Kuala Sungai Baru:

• 11 rumah dibina semula

• 6 rumah dibaik pulih

Kemajuan kerja kini adalah pada 22%–24%, mendahului jadual.

Antara lainnya, Kerajaan Persekutuan juga telah meluluskan RM40 juta pembinaan & baik pulih rumah dan RM6 juta naik taraf infrastruktur awam

Penerangan Insiden Letupan Paip Gas 1 April Dibentangkan di Mesyuarat Kedua Penggal Ke-3 Dewan Negeri Selangor Ke-15 2025.

Posted by Amirudin Shari on Tuesday, July 8, 2025

Insya-Allah, segala usaha ini adalah usaha bersama seluruh ahli pentadbiran Kerajaan Negeri terutama para penjawat awam dan pimpinan yang sedaya upaya berikhtiar memberikan khidmat terbaik sehingga kini.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.