Inisiatif

Video
15/1/21
Isu
Selangor

Pelancaran Portal ePTRS.my Selangor

Program Tuisyen Rakyat Negeri Selangor telah dilaksankan bermula pada tahun 2009 sehingga kini. Pelaksanaannya dimulakan dengan menggunakan pusat- pusat Komuniti sebagai premis tuisyen dan kemudiannya bermula pada tahun 2019 ia mula dilaksanakan di sekolah-sekolah.

Penerimaan PTRS kian baik di kalangan para pelajar ,guru dan pihak sekolah. Para pelajar dan guru turut disediakan modul khas yang telah di saring kandungannya oleh tenaga pakar daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Pelaksanaan PTRS bukan sahaja terhad kepada kelas tuisyen malah itu turut mengandungi program sokongan yang lain seperti program kemahiran belajar atau lebih dikenali sebagai “smart learning” dan Program Pecutan Akhir SPM yang telah dilaksanakan setiap tahun.

Merujuk kepada situasi pandemik yang sedang berlaku Kerajaan Negeri melihat kepada keperluan untuk mendgital PTRS agar pelaksanaannya tidak terganggu akibat daripada penutupan sekolah yang kerap berlaku.

Atas faktor ini Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dan anak syarikat Menteri Besar Incoporated telah mewujudkan satu platform digital untuk pelaksanaan PTRS.

Ia dimulakan dengan kandungan Program Pecutan Akhir SPM yang merangkumi mata pelajaran yang ditawarkan dalam PTRS iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Sejarah dan Matematik dan ditambah nilai dengan mata pelajaran STPM iaitu Pengajian Am dan MUET.

Alhamdulillah usaha ini bersama ini menampilkan JPN selaku agensi yang menyediakan kandungan pembelajaran, PPAS sebagai agensi yang membantu membuat rakaman dan fasiliti yang terlibat dan MBI pula membantu dari segi dana untuk menjayakan pelakanaan platform digital ini

Kandungan pembelajaran dalam ePTRS.my adalah dalam bentuk video dan para pelajar boleh bersoal jawab dengan guru yang telah membuat perkongsian secara interaktif melalui platform ePTRS.my ini. Platform ini juga menampilkan pembelajaran dalam talian yang dipakejkan bersama guru bimbingan. Ini kerana setiap pelajar yang terlibat dengan PTRS telah mempunyai guru bimbingan masing-masing. Oleh itu, selain modul yang telah diedarkan kepada para pelajar, pembelajaran boleh diteruskan oleh para dengan bantuan video-video yang telah dimuatnaik dalam platform ePTRS ini.

ePTRS.my ini juga boleh diakses oleh para pelajar yang tidak menyertai PTRS. Setiap sekolah di Negeri Selangor telah disediakan ID untuk mereka akses ke platform ini secara percuma.

ePTRS.my ini terhasil daripada kompilasi usaha antara agensi Pendidikan di Negeri Selangor dan anak syarikat Negeri Selangor. Kombinasi ini terhasil dari aspek aspirasi dan matlamat yang sama iatiu untuk mencegah berlakunya keciciran pembelajaran di kalangan anak-anak di Negeri Selangor dan memastikan fasiliti dan kemudahan Pendidikan kepada anak-anak di Negeri Selangor berada di tahap yang baik.

Harapan saya semoga platform ini dapat membantu pembelajaran dalam norma baharu ini dan masalah keciciran pembelajaran di kalangan para pelajar dapat diatasi dengan baik. Platform ini pastinya akan ditambahbaik dari semasa ke semasa seiring dengan keperluan pembelajaran.

Selamat Berjaya dan buat yang terbaik dalam peperiksaan. Doa kami agar calon SPM dan STPM Negeri Selangor akan memperolehi keputusan yang terbaik untuk peperiksanaan yang sebenar kelak. Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim dengan ini saya melancarkan platform digital ePTRS.my.

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.