Inisiatif

COVID-19
29/3/20
Selangor
Isu

Pecahan Kes Jangkitan Covid-19 Mengikut Negeri dan Daerah - 29 Mac 2020

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Ingin saya dan staf di Pejabat YAB Dato' Amirudin Shari berkongsi info terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai pecahan kes jangkitan Covid-19 mengikut negeri dan daerah bertarikh 29 Mac 2020.

Saya ingin bertegas yang warga Selangor harus patuh Perintah Kawalan Pergerakan dan tidak boleh mengambil Perintah dengan leka, perilaku anda boleh menyelamatkan atau membahayakan nyawa semua orang.

Sila tingkatkan usaha dan JANGAN KELUAR RUMAH SEKIRANYA TIDAK PERLU.

#KitaJagatKita

#StayatHome

#SelangorGempurCovid19

Dipetik dari laman FB KKM:

Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang antara daerah di Selangor yang telah disenaraikan sebagai zon merah.

Begitu juga Tawau (Sabah) dan Kuching (Sarawak) dan Lembah Pantai (Kuala Lumpur).

Anda diminta untuk meningkatkan langkah-langkah pencegahan seperti membasuh tangan dengan air dan sabun, melakukan penjarakan sosial jika anda perlu mendapatkan bekalan makanan di pasaraya dan juga mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk duduk di rumah.


Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.