Inisiatif

COVID-19
3/4/20
Isu
Selangor
Bantuan

Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa Kedua - Tabung Covid-19 Selangor


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Kerajaan Selangor telah menububuhkan inisiatif Tabung Covid Selangor Prihatin agar orang ramai dan syarikat korporat boleh menyumbang ke dalam tabung kerajaan negeri Selangor bagi membantu rakyat dan pemastautin di negeri Selangor yang telah menerima kesan pandemik wabak Covid-19.

Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun Maybank Islamik 562106684326 di bawah nama Perbendaharaan Negeri Selangor D.Ehsan  (sumbangan hanya dalam bentuk mata wang tempatan RM)

Sumbangan derma boleh disalurkan melalui kaedah berikut:
a) perbankan internet
b) cek
c) pindahan secara Real Time Electronic Transfer Fund and Securities System (RENTAS)
d) pindahan melalui mesin ATM
e) Pindahan melalui Pindahan Telegrafit (TT)

Sumbangan jenis ini layak menerima potongan cukai di bawah  Subseksyen 44(6) ACP oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri bersama kepilan jenis-jenis resit yang diluluskan oleh LHDN untuk potongan cukai di bawah Subseksyen 44(6) ACP oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri
a) Resit rasmi Kerajaan (Kew-38)
b) Resit perbankan internet
c) Slip yang dikeluarkan oleh mesin deposit cek
d) Resit pindahan RENTAS
e) Resit pindahan Telegrafik (TT) bersama advice for credit.

Sumbangan ikhlas anda saya dahulukan dengan ucapan jutaan Terima Kasih.

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.