Inisiatif

COVID-19
26/3/20
Selangor
Isu

Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Covid 19 - Selangor Agro Market (SAM)

Alhamdulillah malam ini saya telah mengumumkan satu lagi inisiatif tambahan bagi rakyat Negeri Selangor iaitu Selangor Agro Market (SAM). RM1 Juta dalam bentuk dana kitaran (revolving fund) akan disediakan bagi memanfaatkan '9 outlet' pada fasa pertama bagi tujuan penyimpanan dan jualan bahan-bahan asas seperti sayuran, ayam dan sebagainya.

Program yang akan diselaraskan oleh FAMA ini akan berkonsepkan pre-order / penghantaran ataupun offline (walk-in) berkuatkuasa esok 27 Mac 2020.

Fasa kedua pula akan melibatkan perbincangan dengan pasaraya utama bagi bekalan dan edaran bahan-bahan tersebut. Matlamat utama inisiatif terbaharu ini semata-mata:

(1) untuk memastikan pengguna mendapatkan bahan yang masih segar;

(2) membantu pengguna mendapatkan barangan pada harga berpatutan dan

(3) membantu petani dan nelayan agar rangkaian bekalan tidak terputus.

#SelangorGempurCovid19

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.