Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor
Kerajaan Negeri Selangor sentiasa menghargai jasa petani, penternak, pengusaha akuakultur dan nelayan yang menjadi antara tunjang kepada keterjaminan bekalan makanan serta penggerak ekonomi negeri dan negara.
Konflik di Asia Barat telah memberi kesan kepada rantaian bekalan global sekali gus menyebabkan kos input pertanian meningkat dengan ketara.
Justeru, menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor:
* Petani, penternak dan pengusaha akuakultur yang layak akan menerima bantuan tunai sebanyak RM450 sebulan selama enam bulan, dengan jumlah keseluruhan RM2,700.
* Nelayan yang layak pula akan menerima bantuan tunai sebanyak RM300 sebulan selama enam bulan, dengan jumlah keseluruhan RM1,800.
Bantuan ini akan disalurkan terus kepada penerima yang layak bagi membantu menampung kos operasi yang semakin meningkat serta mengurangkan beban kewangan yang ditanggung.
Inilah komitmen Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kebajikan warga tani dan nelayan terus terbela demi menjamin keterjaminan bekalan makanan serta kesejahteraan rakyat.




