Inisiatif

Terkini
7/4/21
Isu
Selangor
Bantuan
Belanjawan Selangor 2021

Pakej Kita Selangor - 7 Inisiatif Telah Selesai Sepenuhnya (Dikemaskini pada 29 Mac 2021)

Menerusi Pakej Kita Selangor, sebanyak 12 inisiatif baru yang diperkenalkan dan 8 inisiatif Belanjawan Selangor 2021 telah disegerakan pelaksanaannya.

Sebanyak 7 inisiatif telah diselesaikan sepenuhnya sejak Pakej Kita Selangor dibentangkan pada 20 Januari lepas.


#KitaSelangor

Kerajaan Negeri telah selesai menghulurkan Sumbangan Bantuan Banjir Pakej Kita Selangor yang berjumlah RM1 juta untuk rakyat Pahang manakala rakyat Kelantan dan Terengganu masing-masing menerima RM 500 ribu menerusi Pakej Kita Selangor.

Menerusi program Smart Selangor, Bilik Gerakan COVID-19 Negeri Selangor kini telah beroperasi di Pusat Operasi C5i Smart Selangor (Smart Selangor Operation Centre) untuk merencana Pengurusan Bantuan, menyokong Pengurusan Operasi Kawalan bersama agensi-agensi Persekutuan termasuk Pemantauan berpusat kes-kes COVID-19 Selangor secara waktu nyata.

Inisiatif Pembekalan Runcit dan Mikro sedang dilaksanakan oleh HIJRAH dengan peruntukan RM5 juta bagi membantu 1,000 peruncit kecil dan mikro Selangor mendapatkan bekalan pada harga lebih murah, mudah dan cepat. Platform digital sebegini diwujudkan supaya perniagaan warga Selangor tetap berjalan ketika PKP.

Seramai 427 peniaga mikro telah menikmati manfaat Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) yang berjumlah RM1.717 juta. Menerusi peruntukan RM10 juta dalam Pakej Kita Selangor, usahawan wanita boleh menerima NaDI tanpa mempunyai premis dan lesen SSM dengan jumlah maksimum RM5 ribu.

Pakej Kita Selangor mempercepatkan Program Digitalisasi sejurus pelaksanaan PKP pada 13 Januari lalu untuk membantu golongan peniaga kecil, usahawan dan penjaja yang terjejas selain memacu agenda digitalisasi Selangor.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.