Inisiatif

Peristiwa
7/12/25
Isu
Selangor
Negara

Operasi Khas Bersepadu Oleh Imigresen Negeri Selangor, Agensi Kerajaan & PBT

Malam semalam saya turun padang memantau sendiri Pelaksanaan Operasi Bersepadu Negeri Selangor 2025 yang dilaksanakan di sekitar kawasan Selayang Baru, salah satu lokasi hotspot pendatang asing tanpa izin (PATI) di Selangor.

Operasi ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi utama iaitu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Sepanjang operasi, seramai 1,116 individu telah diperiksa, dengan 843 orang disyaki PATI termasuk 35 wanita ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Tindakan ini diambil bagi mengekang isu pendatang tanpa izin, penyalahgunaan permit, dokumen palsu serta aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Operasi ini juga merupakan satu ingatan tegas kepada semua pihak, termasuk warga tempatan yang menggajikan PATI, supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Kerajaan Negeri Selangor akan terus memberi sokongan penuh kepada semua agensi penguat kuasa dalam memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara demi kesejahteraan rakyat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada semua agensi yang terlibat serta anggota bertugas atas komitmen dan pengorbanan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.