Media

Peristiwa
22/3/23
Selangor
KDNK

MyMetro: Tourism Selangor perkenal konsep 'Pusing Selangor Dulu' di Pameran MATTA 2023

Shah Alam: Tourism Selangor memperkenalkan konsep pengembaraan dengan "Pusing Selangor Dulu," yang menampilkan konsep kapal dagang vintaj dalam Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata, konsep kapal dagang vintaj itu menjadi sebahagian daripada tarikan baharu di Selangor, SplashMania.

Menurutnya, idea 'pengembaraan tanpa sempadan' diperkenalkan bagi menyerlahkan Selangor sebagai sebuah negeri yang mempunyai banyak tarikan pelancongan unik untuk diterokai.

"Dengan tema "Pusing Selangor Dulu Travel Trail", Tourism Selangor adalah salah satu agensi pelancongan berjaya mengumpulkan lebih 14 pengusaha produk pelancongan dan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor sepanjang tiga hari acara (17 hingga 19 Mac) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

"Tourism Selangor menyertai Pameran MATTA 2023 tahun ini bertujuan meletakkan Selangor sebagai destinasi pelancongan yang ideal di dalam negara melalui Kempen "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!"

"Pada masa sama, kita memperkenalkan tarikan pelancongan di negeri Selangor yang berpotensi untuk dipasarkan seperti eko-pelancongan, Projek Geopark Gombak-Hulu Langat (GHL), alam semula jadi dan pengembaraan, serta aktiviti riadah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azrul Shah berkata, Pusing Selangor Dulu Travel Trail mempamerkan pengalaman mengembara bersama pengunjung di Pavilion Selangor melalui aktiviti interaktif seperti menaiki trak safari, demonstrasi pembuatan coklat, pameran kayak dan rakit.

"Selain itu, terdapat demonstrasi trampolin, 'food testing', pameran set hidroponik, demonstrasi pembuatan sushi dan demonstrasi sawah padi" katanya.

Beliau berkata, antara takan prospektif Tourism Selangor termasuk Gamuda Land (GL Play), Muzium Coklat, Hotel Eastin, Jumpstreet Asia, Cyberview Resort & Spa, Taman Tema Air Bangi Wonderland, Park Inn by Radisson Putrajaya.

"Selain itu, Wet World Shah Alam, MAEPS Serdang (MARDI Corporation Sdn Bhd), Farm in the City, Selangor Fruit Valley, G2G Animal Garden, Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan dan Sky Mirror.

"Dua PBT yang turut serta adalah Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor bersama-sama merealisasikan 'Pusing Selangor Dulu Travel Trail' di Pavilion Selangor," katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.