Inisiatif

Peristiwa
20/1/26
Isu
Selangor

MOU Bersama MCMC bagi Pelaksanaan Inisiatif Bandar Pintar Selangor

Hari ini telah berlangsung Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Pembangunan Bandar Pintar Negeri Selangor. Majlis disaksikan DYMM Sultan Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor. Turut hadir Menteri Komunikasi, YB Dato’ Fahmi Fadzil.

Kerjasama antara MCMC dan Kerajaan Negeri Selangor diperkukuhkan melalui pertukaran dokumen MoU bagi meluaskan capaian internet yang lebih stabil dan berkualiti di Selangor seiring dengan pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA menerusi Wi-Fi awam, rangkaian gentian optik, 5G dan tiang pintar, selain menyokong keselamatan awam serta pengurusan trafik dan banjir pintar melalui Selangor Integrated & Intelligent Operations Centre (SIIOC).

Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi atas peruntukan RM450 juta untuk menyokong inisiatif ini serta memacu pendigitalan dan pembangunan bandar pintar demi manfaat rakyat.

Insya-Allah, pembangunan Bandar Pintar Selangor adalah pelaburan masa depan yang memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan, demi kesejahteraan rakyat dan mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai peneraju inovasi digital.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.