Inisiatif

Peristiwa
12/4/26
Isu
Selangor
Negara

Misi Sumud Nusantara yang menyatukan peserta Malaysia dan Indonesia telah mula belayar hari ini !

Misi Sumud Nusantara yang menyatukan peserta Malaysia dan Indonesia telah mula belayar hari ini !

Sumud Nusantara berjuang bersama satu ketumbukan besar 1,000 peserta dan ratusan kapal dari serata dunia di bawah Misi Global Sumud Flotilla 2.0.

Misi ini membawa satu mesej yang jelas, bahawa kezaliman dan genosid terhadap rakyat Palestin tidak boleh dibiarkan berterusan.

Malaysia berdiri teguh bersama Palestin. Seperti yang dizahirkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, sokongan dan doa seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa bersama perjuangan ini, mengiringi peserta-peserta Misi Sumud Nusantara dan Global Sumud Flotilla 2.0.

Kita telah menyaksikan puluhan tahun penderitaan dan kekejaman terhadap wanita, kanak-kanak dan orang awam. Dengan segala daya upaya dan ikhtiar kita semua tidak mengira fahaman agama, bangsa mahupun jantina, kita mahu Palestin bebas.

Insya-Allah, kali ini misi Sumud Flotilla akan berjaya! Dengan kesatuan masyarakat antarabangsa, suara kemanusiaan ini akan terus bergema sehingga kezaliman ini dihentikan.

Dari Sungai ke Segara, Palestin pasti merdeka.

Dari Barcelona ke Gaza, Sumud Flotilla pasti berjaya.

Free Palestine 🇵🇸

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.