Inisiatif

Terkini
4/10/22
Selangor
Bantuan

MG: LZS peruntuk RM20 juta bantu pendidikan sekolah rendah, menengah di Selangor

KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi bantuan pendidikan untuk sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mula dibuka hari ini secara dalam talian.

Menerusi kenyataan LZS memaklumkan, ia merupakan agihan zakat melalui Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS). Katanya, ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam, lahir dan menetap di Selangor atau bermastautin dan masih menetap di negeri itu tidak kurang dari tiga tahun.

“Di samping itu, pendapatan seisi rumah pemohon hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan bagi penentuan sebagai asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000.

“Setiap permohonan SPZAS sekolah rendah dan menengah akan menerima bantuan bergantung kepada jumlah tanggungan pada kadar RM200 seorang. “Manakala, bagi permohonan SPZAS IPT akan menerima bantuan sebanyak RM700 hingga RM2,500,” katanya.

Bagaimanapun LZS berkata, bagi asnaf fakir, miskin dan muallaf yang menerima tajaan pendidikan daripada LZS tidak boleh memohon bantuan tersebut.

Mereka boleh merujuk ke cawangan LZS yang berhampiran atau penolong amil kariah bagi memohon bantuan pendidikan sekiranya memerlukan. ujarnya, “Untuk makluman, SPZAS diperkenalkan bertujuan membantu meringankan beban golongan bukan asnaf (fakir, miskin dan mualaf), khususnya dalam kelas B40 serta M40 yang memerlukan bantuan bagi menampung keperluan pendidikan menggunakan peruntukan di bawah asnaf fisabilillah,” ujarnya.

Justeru, pemohon yang mempunyai pertanyaan lanjut diminta boleh menghubungi Zakat Selangor ditalian 1- 300-88-4343. – MalaysiaGazette

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.