Inisiatif

Peristiwa
23/4/26
Isu
Selangor
Negara

Mesyuarat Pertama Penggal IV Dewan Negeri Selangor Tahun 2026

Sebentar tadi di Sidang Dewan Negeri Selangor, saya menjawab soalan daripada YB Sungai Burong berhubung peranan Jawatankuasa Keselamatan Daerah (JKD) dalam menangani isu pencerobohan tanah, termasuk perkara yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

JKD diaktifkan sebagai platform penyelarasan di peringkat daerah yang menghimpunkan pelbagai agensi berkaitan bagi meneliti, memudah cara dan mencari jalan penyelesaian secara teratur dan berhemah. Pendekatan ini penting supaya setiap pertelingkahan dapat ditangani dengan baik serta mengelakkan mana-mana pihak mengambil tindakan sendiri yang di luar batas undang-undang.

Fungsi JKD bukan sekadar responsif, tetapi juga pencegahan, memastikan sebarang isu melibatkan tanah, termasuk tanah milik persendirian atau tanpa tuntutan jelas, dapat diurus secara harmoni, berlandaskan undang-undang serta mengambil kira sensitiviti kaum dan agama.

Kerajaan Negeri komited memastikan setiap penyelesaian dicapai secara adil, tertib dan berhemah demi memelihara keharmonian serta kestabilan negeri.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.