Mesyuarat Persiapan Belanjawan Selangor 2026
Berbaki kurang tiga minggu lagi sebelum pembentangan Belanjawan Selangor 2026, petang ini saya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri serta para Ketua Jabatan bersama-sama berbincang bagi memuktamadkan intipati perancangan tahun hadapan.
Belanjawan kali ini akan memberi keutamaan kepada pelaksanaan program baharu berteraskan pendidikan dan pembasmian kemiskinan, bagi memastikan rakyat terus maju seiring pembangunan negeri. Ia bukan sekadar mengurus angka, tetapi merangka masa depan, memastikan setiap dasar dan peruntukan membawa manfaat sebenar kepada rakyat.
Insya-Allah, Belanjawan Selangor 2026 bakal membawa khabar gembira buat penjawat awam Selangor dan seluruh rakyat Selangor. Nantikan pembentangannya pada 14 November nanti.







