Inisiatif

Peristiwa
4/11/25
Isu
Selangor
Negara

Mesyuarat Penyelarasan Khas Pembangunan Wilayah Ekonomi Baharu

Pagi ini saya mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Khas Pembangunan Wilayah Ekonomi Baharu melibatkan tiga zon strategik iaitu IDRISS, SMG dan SABDA.

Mesyuarat ini memberi ruang kepada agensi pelaksana untuk membentangkan status kemajuan terkini serta isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan projek-projek utama di bawah wilayah pembangunan ini.

Perbincangan ini juga penting bagi meneliti pelaksanaan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang menjadi panduan utama kepada hala tuju ekonomi, sosial dan spatial Selangor sejak 2021. Penilaian ini akan menjadi asas sebelum Kerajaan Negeri membentangkan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) sebagai kesinambungan bagi fasa pembangunan seterusnya.

Mesyuarat ini melihat secara rinci setiap projek yang berdepan beberapa cabaran dan turut mencapai keputusan-keputusan penting yang diputuskan agar momentum kemajuan projek dapat diteruskan demi pembangunan seimbang dan kesejahteraan rakyat Selangor.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.