Mesyuarat Pengurusan Bencana Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights
Mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Bencana Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights pagi ini dengan pembentangan terperinci daripada pihak polis, agensi teknikal dan pihak berkuasa tempatan.
Ini merupakan siri akhir Mesyuarat Pengurusan Bencana kali ini dan perkembangan selanjutnya akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) akan datang.
Antara agenda utama mesyuarat termasuk hasil siasatan pihak polis, laporan awal kebakaran oleh JKKP/DOSH, dan taklimat fasa pemulihan rumah oleh UPEN.
Beberapa keputusan penting termasuk garis masa tuntutan pampasan, pemulihan infrastruktur awam serta pelantikan agensi pelaksana turut dibentangkan.
Perincian penuh akan diumumkan dalam sidang media jam 1 petang nanti.




