Mesyuarat Menteri-Menteri Besar & Ketua-Ketua Menteri sempena Mesyuarat Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Dan Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri Yang Ke-182
Saya menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Besar & Ketua-Ketua Menteri Bersempena Mesyuarat Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja Dan Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri Yang Ke 182, yang telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Haji Ismail Bin Haji Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Mesyuarat ini menyelaras biasiswa berkaitan Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri (TYT) seluruh Malaysia bagi menyokong pelajar cemerlang di institusi pengajian tinggi. Turut hadir ialah YBhg. Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, serta Menteri Besar Pahang, Menteri Besar Perak dan Ketua Menteri Melaka selaku Ahli Lembaga.
Insya-Allah, Kerajaan Negeri Selangor akan terus berusaha memastikan anak-anak Selangor yang cemerlang mendapat manfaat daripada biasiswa ini bagi menyokong pengajian mereka, selaras dengan komitmen negeri untuk memperkasa bakat dan melahirkan generasi berilmu serta berkemahiran.







