Inisiatif

Peristiwa
6/10/25
Isu
Selangor
Negara

Mesyuarat Menteri-Menteri Besar & Ketua-Ketua Menteri

Usai sesi Parlimen petang tadi, saya terus menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Besar & Ketua-Ketua Menteri bersempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-270 serta Mesyuarat Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan Yang di-Pertua–Yang di-Pertua Negeri yang ke-179, yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Mesyuarat menumpukan kepada tadbir urus Kumpulan Wang Biasiswa Diraja, termasuk peruntukan serta bentuk bantuan bagi menyokong pelajar-pelajar cemerlang di institusi pengajian tinggi.

Insya-Allah, anak-anak Selangor yang layak akan turut menerima manfaatnya, seiring komitmen untuk memperkasa bakat dan modal insan negeri.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.