Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri Kali Ke-149
Hari ini saya menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri Kali Ke-149 yang berlangsung di Parlimen Malaysia dan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Mesyuarat ini menjadi platform penting bagi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menyelaras pelbagai agenda pembangunan serta isu-isu yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk usaha memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional melalui Majlis TVET Negara (MTVET), kesiapsiagaan dan pengurusan bencana alam, penyelenggaraan jalan raya, sistem perparitan dan saliran, serta pelbagai isu berkaitan infrastruktur awam yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak.
Saya percaya pendekatan yang berteraskan kerjasama, penyelarasan dan tindakan yang berkesan amat penting bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif dapat diterjemahkan kepada manfaat sebenar buat rakyat.
Insya-Allah, Kerajaan Negeri Selangor akan terus memberikan komitmen penuh dalam menjayakan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri dan negara.











